Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN MPK KERIAM

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran MPK Keriam 2025.png

TUTONG, 26 APRIL 2025 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan buat kali kedua pada tahun ini telah diungkayahkan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Keriam, Sesi 2024 hingga 2028.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Keriam, di sini ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Tema majlis pada tahun ini ialah 'Hari Raya Bersama Warga Emas' adalah sebagai menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada warga emas atas sumbangan mereka.

Majlis berkenaan juga diserikan dengan persembahan nyanyian daripada pelajar Sekolah Rendah Keriam.

Majlis diadakan antara lain bertujuan untuk mempereratkan silaturahim dan mengukuhkan permuafakatan antara Ahli-ahli MPK dan penduduk kampung dalam sama-sama memeriahkan lagi majlis berkenaan.​

 

Created at 28/04/2025 14:14 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 28/04/2025 14:14 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar