Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN TAKMIR MASJID KAMPUNG BUKIT DAN MPK UKONG, TUTONG

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Takmir Masjid Kg Bukit dan MPK Ukong 2025.png

TUTONG, 26 APRIL 2025 - Syawal terus disemarakkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri sambil berkumpul sekali gus bermaaf-maafan antara satu sama yang lain meskipun Syawal sudah berada di penghujungnya​.

​Jesteru, Takmir Masjid Kampung Bukit dan Majlis Perundingan Kampung Ukong mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di kawasan gelanggang sukan Kampung Ukong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad.​

Turut hadir Yang Berhormat Haji Mohamad Danial@Tekpin bin Ya'akub Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Ukong.

Majlis berkenaan diserikan dengan kuiz serta persembahan daripada Belia Masjid Kampung Bukit, MPK Ukong dan para pelajar Sekolah Rendah DPS Kampung Ukong.

​Majlis diadakan antara lain bertujuan untuk mempereratkan silaturahim dan mengukuhkan permuafakatan antara Ahli-ahli MPK dan penduduk kampung dalam sama-sama memeriahkan lagi majlis berkenaan.

​​


  

Created at 28/04/2025 14:50 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 28/04/2025 14:50 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar