Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PEMANTAUAN KHATAM AL-QURAN 79 KALI KHATAM

Majlis Pemantauan Khatam Al-Quran 79 Kali Khatam.png

TUTONG, 5 JUN 2025  - Majlis Pemantauan Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 79 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-79, Tahun 2025 telah diadakan hari ini bermula selepas Sembahyang Fardu Asar Berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

Di Daerah Tutong, majlis diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan pemantauan diketuai oleh tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan

Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar yang diimamkan oleh Ketua Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Awang Mohd. Waiz bin Tajuddin, dan disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis di daerah masing-masing.

​Diikuti dengan Majlis Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran beramai-ramai secara persendirian.

​Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang juga dipimpin oleh Awang Mohd. Waiz.

Created at 10/06/2025 10:59 by astri.andy
Last modified at 10/06/2025 10:59 by astri.andy