TUTONG, 21 JUN 2025 - Kejohanan Bolasepak 9 Orang Sepasukan Bawah 13 Tahun (B13) Daerah Tutong anjuran Persatuan Bolasepak Amatur Daerah Tutong dengan kerjasama Persatuan Kampung Penabai Football Team telah diadakan di Padang Kompleks Sukan, Jabatan Belia dan Sukan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Tutong dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Kejohanan tersebut disertai 11 buah pasukan antaranya termasuk BFA, BSRC, Dash, TDAFA, Supa Strikers, Mix Jr, COT JPKK dan lain-lain.
Kejohanan diadakan dengan tujuan mengasah bakat muda dalam permainan bola sepak selain mengamalkan gaya hidup sihat.