Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS SELAMAT DATANG 'WELCOMING DINNER" JELAJAH TENGAH TAHUN 3 NEGARA

Welcoming Dinner Jelajah 3 Negara 2025.png

TUTONG, 23 Jun 2025 – Majlis Selamat Datang “Welcoming Dinner” Jelajah Tengah Tahun 3 Negara (Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam) telah diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Jelajah Tengah Tahun 3 Negara ini merupakan kegiatan yang dianjurkan oleh Pajero Sport Family (PIF) Chapter Kalbar. PIF ini merupakan salah satu persatuan pacuan empat roda yang ada di Indonesia.Kegiatan ni merupakan Jelajah Tengah Tahun ke tiga buah Negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam.

Jelajah ini bermula pada 21 Jun 2025 dan berakhir pada 29 Jun 2025 yang akan menempuh jarak perjalanan lebih kurang 3,000 kilometer mulai dari Pontianak-Betong-Brunei Darussalam-Kundasang-KK-Miri-Sibu dan berakhir di Pontianak.

Sebanyak 10 buah kenderaan dengan keramaian 60 orang peserta yang menyertai rombongan ini.




Created at 24/06/2025 11:36 by astri.andy
Last modified at 24/06/2025 11:36 by astri.andy