Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-79 BAGI DAERAH TUTONG TAHUN 2025

Pengibaran Bendera Negara Sempena Perayaan Ulang Tahun Heri Keputeraan Kebawah DYMM ke 79.png

TUTONG, 1 JULAI 2025 - Upacara Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 bagi Daerah Tutong Tahun 2025 telah diadakan di Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia, Awang Mohd Amir bin Md Noor, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Bang Dalam Layong, Tutong.

Rombongan pembawa bendera negara diketuai oleh Yang Mulia, Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II telah diiringi oleh Pasukan Serunai dan Tambur Jabatan Penjara, Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei, Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat, Pasukan Pandu Puteri dan Pasukan Bulan Sabit Merah yang diteruskan dengan penyerahan bendera negara kepada Yang Mulia, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan diserahkan kepada Yang Mulia, Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri selaku Tetamu Kehormat Majlis.​

Majlis diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada Pasukan Polis Diraja Brunei diikuti dengan penaikan dan pengibaran bendera.

Majlis juga turut disemarakkan dengan lagu ‘Bendera Negara’ oleh Kumpulan Koir Wira Bangsa dan penuntut-penuntut dari Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong yang mana diikuti dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu dan Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Tutong yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, para Jemputan Khas, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Kerajaan di Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.

Dengan berkibarnya Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan bermulanya pengibaran bendera peribadi masing-masing bagi Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran; dan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi orang ramai dan juga termasuk di bangunan-bangunan dan premis-premis perniagaan.​






Created at 06/07/2025 13:41 by astri.andy
Last modified at 06/07/2025 13:43 by astri.andy