TUTONG, 6 JULAI 2025 - Sukan berbasikal gunung (MTB) semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan, khususnya golongan belia yang menggemari aktiviti lasak dan mencabar. Laluan-lauan mencabar seperti trek Bukit Ambog sesuai dijadikan lokasi pertandingan yang menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. Jesteru, perlumbaan ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan, gaya hidup sihat serta memperkenalkan lokasi pelancongan sukan tempatan.
Seramai 27 peserta menyertai Perlawanan Basikal Trio Fun Race.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Perlawanan diadakan di Bukit Pancaran, Bukit Ambog, Mukim Pekan Tutong.