Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS MEMBACA DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-8 PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN WARGA EMAS DAERAH TUTONG

Sambutan Ulang Tahun PKWE ke-8.png

TUTONG, 10 JULAI 2025 - Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Daerah Tutong meraikan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan PKWE Ke-8.

Majlis yang berlangsung di pusat berkenaan dimulai dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dan Doa Kesyukuran bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar seluruh Ahli-ahli PKWE sentiasa mendapat limpahan rahmat taufik serta hidayah untuk terus mengorak langkah ke hadapan dalam merealisasikan objektif-objektif penubuhannya yang telah digaris pandu oleh pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad.

Majlis juga diselajurkan dengan 'Projek Senada Kasih' dengan acara pengagihan sumbangan berupa barang-barang kepada orang ramai di kawasan letak kereta Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.



Created at 12/07/2025 14:02 by astri.andy
Last modified at 12/07/2025 14:02 by astri.andy