Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEJOHANAN BOLASEPAK 9 ORANG SEPASUKAN

Kejohan Bolasepak 9 orang sepasukan anjuran MPM Telisai.png

​​TUTONG, 20 JULAI 2025 - Pasukan Mukim Keriam berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Orang Sepasukan selepas menewaskan Pasukan Lamunin 'A' Mukim Lamunin dengan jaringan 1 – 0 pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong.

Manakala tempat yang ketiga bersama disandang oleh Pasukan Bukit Udal Mukim Tanjong Maya dan Pasukan Pasir Putih Keramut Mukim Telisai.

Pada perlawanan tersebut, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan pemenang.

Kejohanan bola sepak yang bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 itu dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Telisai.

Sebanyak 13 buah pasukan menyertai kejohanan tersebut antaranya Bukit Beruang (MT), Mukim Lamunin 'A', Rambai 'B', Santai FC, Pekan Tutong (MPT), Bukit Udal FC (MTM), Mukim Kiudang, (MKD), Pasir Putih Keramut (MT), Rambai 'A' (MR), All Stars (MTM), Mukim Lamunin 'B', Danau (MTM) dan Mukim Keriam (MT).


Created at 21/07/2025 15:03 by astri.andy
Last modified at 21/07/2025 15:03 by astri.andy