TUTONG, 19 JULAI 2025 - Acara Pentas Perayaan Rentak Kasih 79 Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke-79 Tahun 2025 telah diadakan di Kawasan Lapang Berhadapanan Hospital PMMPMHAMB Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.