TUTONG, 29 JULAI 2025 - Acara Pentas Malam Semarak Irama Selalu Ada Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun 2025 telah diadakan di Kawasan Lapang Berhadapanan Hospital PMMPHAMB Tutong.
Hadir selaku tetamu khas ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Isteri.