BERAKAS, 31 JULAI 2025 - Seramai 111 pelajar Tahun 11 Sekolah Menengah Berakas (SMB) diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung di Dewan Anggerek, sekolah berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri dan Isteri.
Juga hadir, Pengetua SMB, Dayang Hajah Norhashimah binti Haji Burut.
Majlis juga dihadiri para jemputan dan ibu bapa serta penjaga pelajar yang menyertai khatam Al-Quran berkenaan.
Acara berkenaan merupakan acara tahunan sekolah tersebut terutama bagi pelajar Tahun 11 yang telah tamat pembacaan 30 juzuk Al-Quran di samping memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala bagi menghadapi peperiksaan GCE / IGCSE Peringkat 'O' untuk tahun 2025 yang akan bermula pada September ini.
Majlis Khatam Al-Quran berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pengetahuan Ugama Islam (IRK) dan Bahasa Arab sekolah berkenaan.