Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MALAM RENTAK EVOLUSI VOL IX

Malam Rentak Evolusi Vol IX 2025.jpeg

TUTONG, 1 OGOS 2025 - Acara Pentas Perayaan bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79, Tahun 2025 dimeriahkan lagi dengan Persembahan Malam Rentak Evolusi Vol IX yang berlangsung di Pentas Perayaan Daerah Tutong.

Sebanyak dua kumpulan menyertai Malam Rentak Evolusi Vol IX iaitu Bayangan Band dan Kreazey Lions & The Stroller.

Hadir menyaksikan persembahan tersebut yang juga hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai; penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai dan Ketua Pejabat Cawangan Tutong.

Acara juga menyaksikan penyampaian cenderahati kepada kumpulan-kumpulan 'band' dan juga kepada tetamu kehormat. Persembahan tersebut dikelolakan oleh Jasura Entertainment Production.


Created at 02/08/2025 12:12 by astri.andy
Last modified at 02/08/2025 12:12 by astri.andy