TUTONG, 3 OGOS 2025 - Kejohanan Badminton Terbuka Daerah Tutong 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Alpha by As Saabi petang tadi melabuhkan tirainya pada majlis penutup yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong.
Sebanyak lima kategori beregu telah dipertandingkan yang menyaksikan Kategori Lelaki 21 Tahun Ke Bawah disertai sebanyak 17 beregu; Wanita 21 Tahun Ke Bawah sebanyak empat beregu; Beregu Lelaki Terbuka sebanyak 21 beregu; Beregu Wanita Terbuka sebanyak tujuh beregu; dan Beregu Campuran sebanyak lapan beregu.
Pada kejohanan berkenaan, Kategori Lelaki 21 Tahun Ke Bawah dimenangi oleh Bobby Chong dan Reno Rosli, sementara kategori Wanita 21 Tahun Ke Bawah pula dimenangi oleh Haziqah Hamdan dan Vivie Merayau.
Manakala bagi kategori Beregu Campuran pula dimenangi oleh Iqbal Mohammad dan Nekma Rosley.
Sementara, kategori Beregu Wanita Terbuka dimenangi oleh Errma Rosmadi dan Norazila Othman dan kategori Beregu Lelaki Terbuka dimenangi oleh Syifak Malik dan Qawiy Dily Alias.
Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri selaku tetamu kehormat.
Tujuan dan matlamat kejohanan ini adalah untuk menggalakkan penyertaan sukan badminton yang kompetitif di kalangan belia.
la juga merupakan satu platform bagi perkembangan bakat dan semangat kesukanan, di mana melalui kejohanan ini juga akan menjadi pemangkin kepada penglibatan masyarakat melalui sukan.
Kejohanan seumpama ini diharap akan memperlihatkan lagi bakat-bakat pemain khususnya pemain-pemain baharu agar bergiat aktif dan mewujudkan persekitaran persaingan kesukanan yang tinggi.