Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MALAM MENGIMBAU KENANGAN 2000AN

Seragam Hitam Band Malam Mengimbau Kenangan 200an.JPG

TUTONG, 6 OGOS 2025 - Sabagai sebahagian daripada kemeriahan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 bagi daerah Tutong, kumpulan muzik tempatan Seragam Hitam Band telah menganjurkan sebuah persembahan pentas istimewa bertemakan "Malam Mengimbau Kenangan 2000an".

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Seragam Hitam Band telah menampilkan lagu-lagu popular dari era 2000an, membawa penonton menyusuri kenangan manis zaman itu melalui alunan muzik secara langsung.

Acara ini terbuka kepada orang ramai dan sesuai untuk seisi keluarga. Ia juga bertujuan untuk menghargai warisan muzik dan budaya era 2000an, meraikan semangat kekitaan dan perpaduan masyarakat Daerah Tutong serta menyemarakkan sambutan Hari Keputeraan dengan pendekatan santai dan mesra rakyat.​

 

Created at 07/08/2025 15:33 by astri.andy
Last modified at 07/08/2025 15:33 by astri.andy