BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS 2025 – Seramai 37 orang pelajar Darjah 6 sesi pagi Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan di Kampung Serusop.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri dan Isteri, yang juga memulakan majlis dengan memimpin bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.
Majlis diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam dan seterusnya bacaan Takhtim, manakala Doa Khatam dibacakan oleh Awang Muhd Zahin Muhriz bin Haji Muhd Mu’ammil.
Di majlis itu, tetamu kehormat juga menyampaikan sijil kepada peserta khatam dengan diiringi alunan dikir.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh tenaga pengajar sekolah agama berkenaan, Awang Abas bin Haji Abdul Wahab.