Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MALAM PERSEMBAHAN SUARA PERDANA PMKK

Malam Persembahan Suara Perdana PMKK.JPG

​TUTONG, 8 OGOS 2025 – Acara Persembahan Pentas Perayaan "Malam Suara Perdana PMKK" sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 Tahun telah diadakan dengan meriah di Pentas Perayaan Daerah Tutong. 

Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong bersama isteri hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan nyanyian karaoke. 

Muncul Juara ialah Awang Haji Salim bin Haji Othman, Penghulu Mukim Pekan Tutong sementara naib johan disandang oleh Awang Haji Hirullizam bin Haji Jefrey@Haji Khairulizam bin Haji Jefrey, Penghulu Mukim Kiudang manakala di tempat ketiga Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai. 

Acara "Malam Suara Perdana PMKK" dianjurkan dengan matlamat memberi ruang dan peluang kepada Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Tutong untuk menonjolkan bakat terpendam mereka dalam bidang seni suara, muzik, serta persembahan pentas. Inisiatif ini juga menjadi platform bagi mengeratkan lagi semangat muafakat serta memupuk apresiasi terhadap seni dan budaya dalam kalangan warga kampung. 

Antara pengisian menarik malam tersebut termasuk Persembahan Lagu Digarhayu oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung , Pertandingan Nyanyian Karaoke,  Persembahan ‘Live Band’ oleh Ketua-Ketua Kampung dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK).

Acara yang disambut dalam suasana penuh kemeriahan ini turut mencerminkan keupayaan kepimpinan akar umbi bukan sahaja dalam aspek pentadbiran, malah dalam menggerakkan aktiviti komuniti yang berteraskan seni, budaya dan hiburan yang sihat. 

Majlis diakhiri dengan penyampaian penghargaan kepada para peserta dan sokongan padu daripada orang ramai yang hadir turut menyemarakkan lagi suasana perayaan Hari Keputeraan di Daerah Tutong.


Created at 09/08/2025 15:37 by astri.andy
Last modified at 09/08/2025 15:37 by astri.andy