TUTONG, 16 OGOS 2025 - Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pengurusan telah mengendalikan Bengkel dan Taklimat Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong pada 14 dan 16 Ogos 2025 selama dua (2) hari.
Bengkel dan Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Dayang Hajah Siti Norhafizah binti Haji Simpol, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan bagi Taklimat Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Dayang Siti Hafshah binti Yussof, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan bagi Taklimat Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR).
Tujuan utam bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang manual prosedur kerja terkini, memperkuat pemahaman dan pelaksanaan tanggungjawab pihak jabatan dan menggalakkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti kesedaran dan pemedulian komuniti.
Program ini melibatkan sesi taklimat, perkongsian pengalaman serta perbincangan interaktif antara pegawai dan peserta, bagi memastikan pemahaman menyeluruh terhadap prosedur yang ditetapkan dan peranan individu dalam menyokong inisiatif pemedulian masyarakat.