Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PERASMIAN KEJOHANAN DART BERGU LELAKI TERBUKA BORNEO 2025

Perasmian Kejohanan Dart Bergu Lelaki Terbuka Borneo 2025.jpeg

TUTONG, 29 Ogos 2025 – Kejohanan Dart Bergu Lelaki Terbuka Borneo 2025 anjuran Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Persatuan Dart Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan disokong oleh Imagine Sdn Bhd telah dirasmikan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong. Kejohanan ini merupakan edisi kedua penganjurannya.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan kejohanan ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Penganjuran kejohanan ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain dart tempatan, mewujudkan jaringan serantau melibatkan peserta dari Borneo, serta memperkukuh semangat kesukanan. Di samping itu, ia juga diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sukan dart sebagai satu disiplin sukan yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 107 pasukan telah menyertai kejohanan ini termasuk 13 pasukan dari Sabah dan Sarawak. Penyertaan melibatkan pelbagai peringkat kemahiran, merangkumi pemain amatur dan profesional. Kejohanan ini sekaligus menjadi platform pembangunan bakat serta pengiktirafan kepada pemain tempatan dalam arena sukan dart serantau.

Bagi memeriahkan suasana, acara ini turut diserikan dengan penyertaan gerai makanan dan minuman (F&B booths) serta food truck yang menawarkan pelbagai pilihan hidangan kepada para pengunjung sepanjang kejohanan berlangsung.

Dengan kerjasama pelbagai pihak, kejohanan ini dijangka dapat berlangsung dengan jayanya serta memberikan impak positif kepada pembangunan sukan di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis perasmian ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong; Yang Mulia Awang Haji Mohd Radziman bin Haji Abdul Rahman, Naib Presiden Kanan, Imagine Sdn Bhd serta para penaja.

Created at 30/08/2025 13:41 by astri.andy
Last modified at 30/08/2025 13:41 by astri.andy