Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SUKAN RIA KELUARGA 2025

Sukan Ria Keluarga 2025.jpeg

TUTONG, 31 Ogos 2025 – Majlis Perundingan Mukim Ukong (MPM Ukong) telah menganjurkan Sukan Ria Keluarga 2025 bertempat di Kawasan Lapang Tamu Muafakat, Kampung Long Mayan, Tutong.

Acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung dan masyarakat setempat, di samping memupuk semangat perpaduan melalui aktiviti berunsur kekeluargaan dan riadah sihat.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, yang seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Sukan Ria Keluarga MPM Ukong 2025.

​Pelbagai acara sukan dan aktiviti riang ria telah diadakan bagi memeriahkan suasana, melibatkan penyertaan masyarakat dari pelbagai peringkat umur. Kehadiran ramai penduduk kampung dan masyarakat sekitar mencerminkan sokongan padu terhadap usaha MPM Ukong dalam menghidupkan nilai kebersamaan serta semangat gotong-royong.

Pihak penganjur berharap agar melalui acara sebegini, perpaduan masyarakat akan terus diperkukuhkan, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membina komuniti harmoni dan sejahtera.​


Created at 31/08/2025 12:47 by astri.andy
Last modified at 31/08/2025 12:47 by astri.andy