Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PERLAWANAN AKHIR FUTSAL TERBUKA SELURUH NEGARA 2025 ANJURAN MPM KERIAM

Perlawanan Akhir Futsal anjuran MPM Keriam 2025.JPG

TUTONG, 7 SEPTEMBER 2025 - Kiudang Warriors muncul juara pada Perlawanan Akhir Futsal Terbuka Seluruh Negara bagi Tahun 2025 dengan keputusan 1 - 0 setelah menewaskan Pasukan Lamunin 'A' yang terpaksa akur sebagai naib johan. Sementara tempat ketiga bersama dimiliki oleh Blantik Purai dan Fussball FC.​

Perlawanan tersebut merupakan anjuran Majlis Perundingan Mukim Keriam, Tutong dan merupakan kali ke-2 ia diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 bagi Daerah Tutong.

​Hadir selaku tetamu kehormat pada perlawanan yang berlangsung di Padang Futsal Sekolah Rendah Keriam, di sini ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri.​

​Terdahulu sebelum perlawanan, tetamu kehormat diperkenalkan kepada para pemain-pemain peringkat perlawanan akhir. Pada majlis itu juga, penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.




Created at 10/09/2025 14:54 by astri.andy
Last modified at 10/09/2025 14:54 by astri.andy