TUTONG, SABTU, 27 SEPTEMBER 2025 - Bersempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Kali Ke-32, Tahun 2025, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menganjurkan Majlis Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin serta Membaca Doa Khas secara serentak di masjid-masjid utama di setiap daerah. Bagi Daerah Tutong, tumpuan masjid adalah di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.
Hadir ke majlis berkenaan ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Awang Sahibul Omar bin Haji Yusof, yang kemudiannya memimpin bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Khas HPA.
Juga hadir pada majlis tersebut, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.
Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Awang Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd. Taib; Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga) JPM, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Haji Mohd. Yusree bin Haji Junaidi; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri serta pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam.