Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

ULANG TAHUN KE 10 PENUBUHAN TAMAN ECO PONIES

Penubuhan ke 10 Taman Eco Ponies.jpeg

TUTONG, AHAD, 28 SEPTEMBER 2025 - Eco Ponies Garden (EPG) telah meraikan Ulang Tahun Penubuhannya Ke-10 di EPG, Kampung Bang Nukat, Kampung Lamunin.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Belia Majlis Perundingan Kampung Lamunin, Awang Shazarul bin Anageroh@Alvin dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan bahawa usaha EPG ini membuahkan hasil apabila EPG telah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui Responsible Tourism Awards in Southeast Asia 2025 di Republik Filipina, bagi Kategori Increasing Local Sourcing.

Ini tambahnya menyaksikan satu pencapaian yang menekankan komitmen EPG terhadap penggunaan sumber tempatan dan penglibatan masyarakat kampung.

Bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan EPG Ke-10 ini, satu laman sesawang telah dibina dan dinamakan You Me & Community.

Laman sesawang ini memperkenalkan komuniti pengusaha di Kampung Lamunin dan sekitarnya dan diharapkan projek ini dapat membawa manfaat kepada komuniti yang terlibat.

Melalui usaha kecil ini akan memberi peluang kepada pengusaha dalam menyemai kesedaran terhadap pentingnya melestarikan warisan semula jadi ini, bukan sahaja sebagai sumber ekonomi, tetapi sebagai legasi untuk generasi akan datang.

Sejurus itu, tetamu kehormat dan para jemputan menyaksikan pameran dan jualan produk tempatan oleh masyarakat di sekitar tersebut.​


Created at 03/10/2025 11:20 by astri.andy
Last modified at 03/10/2025 11:20 by astri.andy