TUTONG, ISNIN 13 OKTOBER 2025 - Upacara penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun Bagi
Daerah Tutong berlangsung di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat di upacara tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad
Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Turut hadir ialah Yang Berhormat
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu
Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong. Majlis
dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia, Awang Muhd
Abu Afiqah bin Lamit, Imam Masjid Kampung Penabai, Tutong.
Upacara diteruskan dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan upacara
menurunkan Bendera Negara Brunei Darussalam oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.
Upacara Penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam ini menandakan berakhirnya
pengibaran bendera bagi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Ke-79.