Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

FORUM KE DAERAH-DAERAH SEMPENA MAJLIS ILMU 2025


Forum Majlis Ilmu 2025 Tutong IMG_0058.JPG

TUTONG, SABTU 18 OKTOBER 2025 - Forum sempena Majlis Ilmu 2025 bagi Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke79 Tahun telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Rabiulakhir 1447H bersamaan 18 Oktober 2025M bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan dan Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Juga hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Seminar Majlis Ilmu 2025, Yang Mulia Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan selaku Timbalan Pengerusi Bersama Seminar Majlis Ilmu 2025, 

Yang Mulia Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad, Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Ketua Urusetia Jawatankuasa Seminar Majlis Ilmu 2025,

Juga hadir ialah ketua-ketua jabatan dan bahagian; pegawai-pegawai kanan; pegawai dan kakitangan kerajaan; para jemputan khas; penghulu mukim, ketua kampung serta majlis perundingan kampung; belia-belia masjid, muslimah; pihak swasta; pensyarah-pensyarah serta penuntut-penuntut dari institut pengajian tinggi. 

Forum sempena Majlis Ilmu 2025 di Daerah Tutong mengetengahkan forum yang bertajuk "Sedekah 360°: Mengubah Individu, Membina Masyarakat". Tajuk forum berhasrat untuk memupuk sifat prihatin, empati dan peduli kepada masyarakat melalui sedekah. Dengan membudayakan sedekah dalam masyarakat, ia boleh mengubah individu menjadi seseorang yang lebih bersyukur.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Yang Mulia Dr Md Majdey Zawawi, Pensyarah Pusat Pengajian Islam Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOASCIS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) bersama tiga ahli panel iaitu Yang Mulia Dr Haji Ahmad Baha' bin Haji Mokhtar, Penolong Profesor Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Yang Mulia Ustaz Hilman bin Haji Salim, Penolong Pensyarah, Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB); dan Yang Mulia Ustazah Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan, Penguasa Da'wah dan Tabligh, Pusat Da'wah Islamiah.

Forum ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 570 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk pegawai kerajaan, belia, ahli akademik dan masyarakat setempat .​


Created at 21/10/2025 12:56 by astri.andy
Last modified at 21/10/2025 13:32 by astri.andy