Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JERAYAWARA BADUDUN BERSAMA BISKITA

Jerayawara Badudun Bersama Biskita 2025 IMG_0042.JPG

TUTONG, RABU, 22 OKTOBER 2025 – Dalam usaha untuk memberi kefahaman dan mempromosikan produk dan perkhidmatan RTB kepada orang ramai, Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) mengadakan Jerayawara Badudun Bersama Biskita yang berlangsung Dewan Seri Kenangan, Daerah Tutong, hari ini.

Hadir pada jerayawara berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Ukong, Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.

Turut hadir ialah Pemangku Pegarah RTB, Awang Cheong Chee Keong, para pegawai kanan, pegawai serta kakitangan Jabatan Daerah Tutong dan RTB, ketua cawangan jabatan kerajaan, penghulu dan ketua kampong.

Pada jerayawara berkenaan, program dimulakan dengan sesi taklimat dan soal jawab bagi memberi peluang kepada para hadirin untuk mengongsikan pandangan serta mendapatkan penjelasan lanjut khususnya mengenai perkembangan siaran dan rancangan-rancangan RTB.

Melalui taklimat yang disampaikan, para jemputan dan orang ramai yang hadir di jerayawara berkenaan telah diberikan penjelasan mengenai dengan peranan utama RTB dan perkembangan-perkembangan RTBGo, rancangan TV dan radio serta perkhidmatan pemancaran TV dan Radio.

Mewakili RTB semasa sesi soal jawab ialah Penerbit Kanan Bahagian Rancangan TV, Pengiran Mohd Khairul Amali bin Pengiran Haji Mohd Roslin; Penerbit Kanan Bahagian Rancangan Radio, Dayang Nur Hazirah binti Abang Muhammad Ali dan Jurutera, Awang Muhammad Amirul Khaliddin bin Kamaluddin.

Beberapa aktiviti sampingan juga diadakan sepanjang jerayawara, iaitu galeri pameran dari Bahagian Pentadbiran, Bahagian Rancangan TV, Bahagian Rancangan Radio, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa, Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan dan Bahagian Pemasaran dan Promosi dan Perkhidmatan RTBGo.

Selain itu, aktiviti seperti pencarian bakat, penjualan barangan RTB, permainan interaktif, kajian maklum balas, kuiz, pencarian bakat, penjualan Majlis Perundingan Kampong, jualan aneka makanan dan minuman dan acara-acara pentas seperti Tundang Badudun, Tayangan Santai, Persembahan Copa Cabana dan juga sesi cabutan bertuah.​


Created at 23/10/2025 12:12 by astri.andy
Last modified at 23/10/2025 12:12 by astri.andy