Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PERASMIAN CLUBHOUSE

Perasmian clubhouse KEKAL WhatsApp Image 2025-10-27 at 11.32.13 AM.jpeg

TUTONG, AHAD, 27 OKTOBER 2025 – Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Perasmian Clubhouse yang diadakan di PWD No.73, Bilik 1 & 2, Bukit Bendera, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Md Sofian Bin Haji Basri.

Di majlis itu, beliau telah menyampaikan tahniah kepada seluruh ahli kelab atas usaha gigih dan komitmen dalam menjayakan penubuhan clubhouse ini.

Selain menekankan kepentingan untuk terus menanai kepercayaan yang telah diberikan melalui penglibatan aktif dalam kegiatan yang bermanfaat serta memperkukuh kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan, khususnya dalam menjayakan acara-acara di Daerah Tutong.

Beliau turut berharap agar pihak kelab dapat menjaga clubhouse ini dengan sebaik-baiknya dan menjadikan sebagai pusat aktiviti yang menyatukan ahli serta menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran para pengasas kelab, presiden persatuan / kelab motor yang berdaftar, wakil-wakil NGO, serta ahli-ahli kelab yang bersama-sama memeriahkan suasana.

Clubhouse ini diharapkan menjadi simbol perpaduan dan semangat KEKAL dan Perpaduan Ke Arah Kejayaan.


Created at 27/10/2025 13:53 by astri.andy
Last modified at 27/10/2025 13:53 by astri.andy