TUTONG, SABTU, 8 NOVEMBER 2025 – Perasmian Jambatan Baru milik Awang Ahmad bin Madon telah diadakan di Jalan Bang Panggan, Kampung Rambai, Tutong. Jambatan tersebut telah dibina oleh Syarikat Arza Sdn. Bhd.
Hadir selaku tetamu khas pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Majlis diserikan dengan upacara perasmian Jambatan Baru yang disempurnakan oleh Tetamu Khas bersama Awang Ganasan S. Subramanian daripada Syarikat Arza Sdn. Bhd..
Pembinaan jambatan ini diharap dapat meningkatkan keselamatan serta kemudahan akses ke kawasan sekitar, di samping mencerminkan semangat kerjasama antara pihak swasta dan masyarakat setempat dalam menyokong pembangunan infrastruktur di Daerah Tutong.