Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 4X4 BROTHERHOOD CHALLENGE

Majlis Penyampaian Hadiah 4x4 Brotherhood Challenge WhatsApp Image 2025-11-16 at 4.40.53 PM.jpeg

TUTONG, AHAD, 16 NOVEMBER 2025 -  Awang Norjamie bin Pakai (pemandu utama) dan Awang Birosleh bin Abi (pemandu bersama) dinobatkan sebagai juara Kategori Super Novice bagi Acara 4x4 Brotherhood Challenge 2025.

Manakala, juara bagi Kategori Hardcore pula diraih oleh Max Ben (pemandu utama) dan Lee Jun (pemandu bersama).

Cabaran berkenaan telah berlangsung selama tiga hari yang bermula pada 14 November 2025.

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Hadiah bagi cabaran berkenaan, Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, pada majlis yang berlangsung di Dewan Bukit Beruang, di sini.

Terdahulu, majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Yang Di-Pertua, Team Terrain Kilometre (TTK) Offroad and Adventure, Michaal Tza Khiong, disusuli dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Acara 4x4 Brotherhood Challenge 2025 berkenaan adalah anjuran TTK Offroad and Adventure yang mempertandingkan sebanyak dua kategori, iaitu Kategori Super Novice yang menerima penyertaan sebanyak 14 buah kereta (semua peserta tempatan), manakala Kategori Hardcore pula menerima penyertaan sebanyak 13 buah kereta, sementara dua buah peserta dari luar negeri, iaitu Sabah.

Timbalan Yang Di-Pertua, TTK Offroad And Adventure, Dayang Zarina binti Jahali semasa ditemu bual menjelaskan antara lain tujuan cabaran berkenaan diadakan adalah bagi menghimpunkan para peminat kereta tahan lasak termasuk kalangan belia-belia yang baharu berjinak-jinak dengan 4x4 selain memberi peluang kepada mereka untuk berlumba dalam menimba pengalaman.​


Created at 17/11/2025 15:04 by astri.andy
Last modified at 17/11/2025 15:04 by astri.andy