TUTONG, Jumaat 11 April 2025 - Majlis Perundingan Kampung Panchor; Kampung Panchor Papan;Kampung Panchor Dulit dan Kampung Suran telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Sekampung bagi Tahun 1446H/2025 di Dewan Seri Kenangan,Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri,Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 19 orang anak-anak yatim dibawah tadahan Kampung Panchor.
Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Sekampung ini diadakan bertujuan untuk mempereratkan hubungan silatulrahim dan mengukuhkan permuafakatan antara ahli-ahli MPK dan penduduk kampung dalam sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.
Awang Muhammad Adib bin Pehin Datu Indera Setia Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Sulaiman, Ketua Kampung Panchor selaku Pengerusi majlis serta Ahli Jawatankuasa sambutan Hari Raya Aidilfitri berharap majlis seumpama ini dapat mempereratkan perpaduan dan ukhwah bersama peduduk kampung dalam merayakan Hari Raya Aidilfitri.