Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MERDEKA RIDE

Merdeka Ride anjuran MPK Tanjong Maya dan Lubok Pulau 2024.png

TUTONG, AHAD 3 MAC 2024 - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Maya dan Lubok Pulau mengadakan Aktiviti Konvoi Secara Bermotor bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 yang bermula di Dewan Kemasyarakatan Tanjong Maya.

Perjalanan konvoi yang juga dikenali sebagai Merdeka Ride tersebut melalui sepanjang 40 kilometer perjalanan dan seterusnya mengelilingi sebahagian Daerah Tutong. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Konvoi tersebut disertai lebih 30 peserta terdiri daripada penduduk Kampung Tanjong Maya dan Lubok Pulau dengan menggunakan motosikal 100cc ke atas.

Acara tersebut dimulakan dengan Pemangku Pegawai Daerah Tutong beramah mesra dan bersua muka bersama peserta-peserta yang ikut serta konvoi tersebut dan seterusnya penyerahan bendera negara yang berukuran kecil serta diikuti dengan pelancaran rasmi dan pengibaran bendera serta perlepasan Merdeka Ride oleh tetamu kehormat majlis.​


Created at 06/03/2024 09:50 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 06/03/2024 09:50 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar