Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TAKLIMAT PERKAHWINAN, PENCERAIAN, PEMBATALAN DAN RUJU' ORANG-ORANG ISLAM

Taklimat Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju’ Orang-Orang Islam 2024.png

TUTONG, RABU, 28 FEBRUARI 2024 - Taklimat Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju’ Orang-Orang Islam yang diadakan buat julung kalinya bagi tujuan memberi kefahaman para peserta dalam soal-soal perkahwinan, perceraian, pembatalan dan rujuk di Negara Brunei Darussalam.

Di samping itu, taklimat juga memberikan penjelasan kepada peserta akan tindakan yang perlu diambil jika terdapat persoalan-persoalan mengenai perkahwinan, perceraian, pembatalan dan rujuk.

Perkara tersebut antara dinyatakan oleh Penghulu Mukim Pekan Tutong, Awang Haji Salim bin Haji Othman selaku Pengerusi Bersama Majlis dalam ucapan alu-aluannya semasa Taklimat Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju’ Orang-Orang Islam bertempat di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Menurutnya, taklimat berkenaan adalah sebagai langkah untuk memberi peluang kepada para peserta untuk bertanya kepada pihak berkenaan tentang beberapa permasalahan perkahwinan, Taklimat yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, antara lain menyentuh mengenai dengan perkahwinan dalam undang-undang keluarga Islam penggal 217, pendaftaran perkahwinan, jenis-jenis perceraian atau perbubaran perkahwinan dan rujuk dalam Undangundang Keluarga Islam 217 yang memberikan pendedahan dan maklumat kepada peserta. Antara yang hadir ialah Pegawai - pegawai Masjid, Jurunikah - jurunikah Daerah Tutong, penghulu-penghulu mukim, pemangku penghulupenghulu mukim, ketuaketua kampung, pemangkupemangku ketua kampung, Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong dan orang awam. PEMANGKU Pegawai Daerah Tutong hadir selaku tetamu kehormat pada taklimat berkenaan. perceraian, pembatalan dan rujuk dan membentuk akhlak yang sihat dan bersih dalam kalangan peserta sebagai penambahan ilmu yang berguna kepada peserta dan masyarakat.

Tambahnya lagi, tajuk taklimat adalah difikirkan sangat relevan dengan salah satu bidang tugas dan tanggungjawab para peserta yang hadir, sebagai contoh tugas seorang penghulu atau ketua kampung ialah mesti bersedia berkhidmat kepada masyarakat dengan mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.

Hadir ke taklimat berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri selaku tetamu kehormat.

Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Menengah Lamunin, Tutong, Abdul Azim bin Haji Abdul Rahman.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Bandar Seri Begawan, Awang Azmil bin Haji Haris; dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tutong, Awang Mohammad Arif bin Haji Sabtu.

Taklimat yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, antara lain menyentuh mengenai dengan perkahwinan dalam undang-undang keluarga Islam penggal 217, pendaftaran perkahwinan, jenis-jenis perceraian atau perbubaran perkahwinan dan rujuk dalam Undangundang Keluarga Islam 217 yang memberikan pendedahan dan maklumat kepada peserta.

Antara yang hadir ialah Pegawai - pegawai Masjid, Jurunikah - jurunikah Daerah Tutong, penghulu-penghulu mukim, pemangku penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pemangkupemangku ketua kampung, Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong dan orang awam.


Created at 06/03/2024 10:08 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 06/03/2024 10:08 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar