Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA MENURUNKAN BENDERA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-40 TAHUN 2024 BAGI DAERAH TUTONG

Upacara Menurunkan Bendera NBD Sempena Sambutan Ulang Tahun HKNBD ke 40 2024.png

TUTONG, AHAD, 25 FEBRUARI 2024 - TUTONG, Ahad, 25 Februari. - Upacara Menurunkan Bendera Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-40, Tahun 2024 bagi Daerah Tutong diadakan di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang diketuai oleh Ketua Imam Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Awang Abdul Raqib bin Haji Awang.

Diikuti dengan Upacara  Menurunkan Bendera NBD oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan seterusnya penyerahan bendera NBD kepada tetamu kehormat majlis.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah ketua-ketua jabatan dan cawangan kerajaan di Daerah Tutong, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan Pemangku-pemangku Ketua Kampung. 


Created at 06/03/2024 10:33 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 06/03/2024 10:33 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar