Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PEMBERSIHAN KAWASAN PERKUBURAN ISLAM DAN PERSEKITARANNYA

Program memucang-mucang anjuran KHEDN 2024.png

TUTONG, JUMAAT 8 MAC 2024 - Projek “Pembersihan Kawasan Perkuburan Islam dan Persekitarannya di bawah Program Memucang-Mucang Kitani” anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan-Jabatan di bawahnya dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung sekitarnya telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Bintudoh, Kampung Lamunin, Daerah Tutong. 

Objektif Projek ini adalah bagi memupuk perpaduan dikalangan warga kerja kementerian dan jabatan bersama penduduk mukim dan kampung berkenaan serta menjaga Kebersihan di kawasan tersebut.

Acara berkenaan telah dihadiri oleh Yang Mulia, Awang Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan KHEDN, YM Penghulu Mukim Lamunin, YM Pemangku Ketua Kampung Bukit Sulang, Menengah dan Panchong, YM Imam Masjid Kampung Lamunin serta penduduk kampung.


Created at 11/03/2024 13:50 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 11/03/2024 15:10 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar