Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN KEBERSIHAN KAWASAN PERKUBURAN ORANG-ORANG ISLAM SUGAN TUTONG


WhatsApp Image 2024-03-11 at 13.15.50 - resize 50.jpg

TUTONG, JUMAAT 08 Mac 2024 - Kempen Kebersihan Kawasan Perkuburan Orang-Orang Islam Sugan Tutong anjuran Majlis Perundingan Kampung Panchor, Daerah Tutong dengan kerjasama Takmir Masjid, serta anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Bahagian Tentera Darat dan beberapa penduduk Kampung Panchor Papan, Panchor Dulit dan Suran, telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Sya'ban 1445 bersamaan 8 Mac 2024.

Objektif projek ini adalah bagi memupuk perpaduan di kalangan masyarakat penduduk mukim dan kampung berkenaan serta menjaga kebersihan di kawasan tersebut.​

​Acara berkenaan telah dihadiri oleh Yang Mulia Penghulu Mukim Pekan Tutong, Yang Mulia Pemangku Ketua Kampong Petani Tutong, Yang Mulia Imam dan Bilal Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Panchor Tutong, Ahli-Ahli  Takmir Masjid dan Jemaah Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, pihak Tentera Darat ABDB, Belia-Belia Masjid, Penduduk Kampung Panchor Papan, Panchor Dulit & Suran.


Created at 11/03/2024 14:44 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 11/03/2024 15:44 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar