Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADAN MPMK BERSERTA ROMBONGAN KHEDN DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA 1445H/2024M

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan MPMK 2024.png

TUTONG, ISNIN 18 MAC 2024 - Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya beserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1445H/2024M di Daerah Tutong telah diadakan pada hari Isnin, 07 haribulan Ramadhan 1445H bersamaan 18 haribulan Mac 2024 bertempat di Masjid Kampung Danau, Mukim Telisai Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulai dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah yang diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan Bacaan Tahlil serta Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Abdul Hadi bin Abd. Rahman, Imam Masjid Kampung Danau, Tutong. Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bersama ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim/Kampung dan para pemimpin akar umbi serta menyemarakkan lagi bulan suci Ramadhan.


Created at 19/03/2024 13:54 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 19/03/2024 13:54 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar