Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH TUTONG

Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Tutong 2024.png

TUTONG, RABU 20 MAC 2024 - Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Tutong diadakan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Surah Al Baqarah ayat 220 oleh Dayang Nur Damia Faqihah binti Mohamad Aji, penuntut Sekolah Ugama Tutong Kem dan seterusnya tafsiran ayat oleh Ustazah Hajah Noorlaila binti Haji Metussin, Guru Sekolah Ugama Tutong Kem.

Seramai 559 orang anak-anak yatim yang berusia 18 tahun kebawah dari Daerah Tutong yang telah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat menerima sumbangan derma melalui Tabung Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong, Bank Islam Brunei Darussalam dan Nazmi Textile Mall.

Sumbangan derma ini antara lain bertujuan untuk menampung perbelanjaan anak-anak yatim bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba.

Majlis tersebut juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada tiga orang penuntut anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Pelajar Cemerlang di dalam Peperiksaan Peringkat ‘A’ Level, ‘O’ Level/IGCSE bagi Tahun 2023 Bagi Kluster 5, Tutong.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku-Pemangku Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku-Pemangku Ketua Kampung Daerah Tutong.


Created at 20/03/2024 12:40 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 20/03/2024 12:40 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar