Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PELANCARAN MEMULAKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 78 KALI KHATAM

Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 78 kali Khatam 2024.png

​​​TUTONG, KHAMIS ​21 MAC 2024 - Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 78 Kali Khatam berkenaan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

​Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

​Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramairamai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dikepalai oleh Imam Tingkat 1, Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin.​

Majlis Khatam Al-Quran 78 Kali Khatam berkenaan disertai seramai 400 peserta terdiri daripada Ahliahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, para penuntut sekolah dan IIPT mengikut Kategori Dewasa Lelaki, Dewasa Wanita, Belia dan Beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk para penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolahsekolah Arab, sekolah-sekolah ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta para penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan IIPT.

Juga hadir, Setiausahasetiausaha Tetap, Timbalantimbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-78 bagi Tahun 2024, penghulupenghulu mukim, ketua-ketua kampung, pemangku-pemangku penghulu mukim, pemangkupemangku ketua-ketua kampung, Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta para pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan daerah, para pegawai ugama, bilal-bilal, ahli-ahli takmir masjid dan anak-anak buah kampung.

Created at 23/03/2024 10:56 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 23/03/2024 10:56 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar