Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

#Quranhour MPM TELISAI SEMPENA BULAN RAMADHAN 1445H

WhatsApp Image 2024-03-24 at 14.16.50 resize.jpg

TUTONG, Ahad, 24 Mac 2024 – Majlis Perundingan Mukim Telisai dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Danau bersama Majlis Perundingan Kampung di bawah Mukim Telisai telah mengadakan #Quranhour sempena bulan Ramadhan 1445 Hijrah bertempat di Masjid Kampung Danau, Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia, Awang Mohammad Adi Asnawi bin Awang Haji Adanan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Jabatan Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan diikuti dengan Tadabbur al-Quran yang disampaikan oleh Yang Mulia, Dr. Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abd Mulok, Pensyarah/Dekan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 6 buah keluarga dari kalangan penduduk Mukim Telisai yang kurang berkemampuan oleh Tetamu Kehormat.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Kampung di bawah Mukim Telisai serta Ahli Jawatankuasa Takmir masjid Kampung Danau, Tutong.


Foto oleh: MPM Telisai

Created at 30/03/2024 12:46 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 30/03/2024 12:48 by Noraisah Binti Osman