Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PUSAT EHSAN AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM

WhatsApp Image 2024-03-30 at 11.42.27.jpg

​TUTONG, Selasa, 26 Mac 2024 -The Lanes Hotel menganjurkan acara Bersungkai bersama 30 kanak-kanak Kongsi kegembiraan bersama kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di bawah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. Acara berlangsung di Darlington's di Aras 6, Hotel The Lanes.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri. Sejurus acara bersungkai, tetamu kehormat menyampaikan sumbangan pek bungkusan dan sampul hijau kepada kanak-kanak berkenaan bagi membantu mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi.

Acara bersungkai ini merupakan dedikasi The Lanes Hotel untuk bersama-sama meraikan bersama masyarakat khususnya anak-anak berkeperluan khas. Sejak penubuhannya pada tahun 2018, The Lanes Hotel telah berfungsi sebagai tempat untuk pelbagai majlis dan acara penting dalam memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai termasuk Kedutaan Indonesia, Persatuan Muzik Brunei dan Bank Baiduri.

Hotel ini juga telah terlibat secara aktif dalam menyokong komuniti Tutong, terutamanya dengan membantu Hospital Tutong semasa pandemik COVID-19 sebagai pusat pengasingan dan menyediakan penginapan untuk kakitangan perubatan dari NIC Tutong. Dengan tenaga kerja yang terdiri daripada 80 peratus kakitangan tempatan, hotel ini telah menjalin kerjasama dengan Sunshine Borneo Tours & Travel dan Penyedia Perkhidmatan Pelancongan Tutong seperti Lamin Warisan, Eco Ponies Garden dan Seri Melati River Cruise untuk mempromosikan pelancongan domestik.

 

Sumber: Pelita Brunei, Edisi Rabu, 27 Mac 2024

Foto: Nur Shafini binti Tajuddin

Created at 30/03/2024 13:28 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 30/03/2024 13:29 by Noraisah Binti Osman