Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU‘IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEPADA GOLONGAN TERTENTU BAGI DAERAH TUTONG

IMG_0131.jpg

TUTONG, Rabu, 27 Mac 2024 - Kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertujuan untuk membantu meringankan bebanan golongan-golongan tertentu di negara ini terdiri daripada Orang-orang Berkeperluan Khas, anak-anak yatim, orang fakir miskin, dan penerima bantuan kebajikan bulanan sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi.

Bagi Daerah Tutong, berangkat selaku wakil peribadi Kebawah DYMM bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kepada Golongan Tertentu sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1445 Hijrah / 2024 ialah paduka anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Arif Dato Seri Setia Awang Haji Zaimi bin Haji Talip. Pada majlis berkenaan, DYTM berkenan menyampaikan kurnia peribadi Kebawah DYMM kepada 1,000 penerima dari Daerah Tutong.

Pengurniaan yang bermula pada hari ini jelas memperlihatkan keprihatinan Kebawah DYMM yang berterusan terhadap memeduli hal ehwal golongan-golongan tertentu di negara ini agar mereka tidak tersisih daripada mendapat perhatian baginda dalam suasana negara tidak lama lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Sumber Pelita Brunei, Edisi Sabtu, 30 Mac 2024

Foto: Nur Shafini binti Tajuddin



Created at 30/03/2024 13:39 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 30/03/2024 13:39 by Noraisah Binti Osman