Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS TAHLIL DAN DOA ARWAH SEKAMPUNG, MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BARANG ASASI KEPADA PENDUDUK KAMPUNG MERIMBUN DAN KAMPUNG KUALA UNGAR YANG BERKEPERLUAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM ANJURAN MPK MERIMBUN

WhatsApp Image 2024-03-30 at 11.35.38 (1).jpg

TUTONG, 29 Mac 2024 – Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung, Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Barang Asasi kepada Penduduk Kampung Merimbun dan Kampung Kuala Ungar yang berkeperluan, Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-Anak Yatim anjuran Majlis Perundingan Kampung Merimbun dan Kampung Kuala Ungar bagi Tahun 1445H/2024M telah diadakan di Kawasan Balai Raya Tasek Merimbun, Mukim Rambai Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Acara dimulakan dengan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung yang dibacakan oleh Yang Mulia, Awang Muhammad Eddie Ikhwan bin Muhammad Eddie Sufiyan, Belia Biro Keugamaan MPK Merimbun dan Kuala Ungar, Mukim Rambai, Tutong yang diteruskan dengan penyerahan sumbangan barangan asasi kepada 21 orang penerima yang berkeperluan terdiri daripada penduduk Kampung Merimbun dan Kuala Ungar.

Majlis diteruskan dengan penyerahan derma kepada 20 orang anak-anak yatim yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis dan diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa yang diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat.

Turut hadir ialah, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @Tekpin bin Ya’akub selaku Penghulu Mukim Ukong dan Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Rambai Tutong.

Created at 30/03/2024 13:44 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 30/03/2024 13:46 by Noraisah Binti Osman