TUTONG, ISNIN 1 APRIL 2024 - Majlis Kesyukuran Sempena penubuhan Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) Tutong ke 64 Tahun. Tetamu Majlis Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Tutong.
Turut hadir Penghulu Mukim Keriam, Ketua Kg Keriam, Ahli Lembaga Penasihat dan Ahli2 Jawatankuasa Tetap Tertinggi Pesaka, Biro2 dan Jemputan.
Aturcara majlis, Bacaan Al-Fatihah di pimpin oleh Tetamu Kehormat, Ucapan oleh Yang Dipertua Pesaka, Bacaan Surah Yassin, Tahlil, Doa Arwah dan Doa Kesyukuran di pimpin oleh Yang Mulia Awg Nur Asmawi bin Haji Asli, Pelapis Imam Masjid Kg Keriam.