Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PROGRAM INFAQ RAMADAN 1445H/2024M

Program Infaq Ramadan 1445H-2024M.png

TUTONG, SELASA 2 APRIL 2024 - Seramai 15 penerima terdiri daripada kakitangan dan bekas kakitangan Jabatan Daerah Tutong telah menerima sumbangan barangan asasi melalui Program Infaq Ramadhan bagi Tahun 1445H/ 2024M bertempat di Lobi Bangunan Jabatan Daerah Tutong.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan infaq tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Tutong.

Program Infaq Ramadhan kali ke-4 ini dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Bahagian Perkhidmatan Korporat, Jabatan Daerah Tutong yang merupakan aktiviti kemasyarakatan sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1445 Hijrah sebagai salah satu pengisian aktiviti keugamaan jabatan. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga Jabatan Daerah Tutong yang telah memberikan sokongan dan sumbangan kepada Program Infaq Ramadhan bagi Tahun 1445H/2024M. Semoga setiap sumbangan yang diberikan dikira sebagai amal jariah yang memberikan ganjaran pahala yang berterusan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala hingga ke akhirat. Amin ya rabbal alamin...


Created at 03/04/2024 11:33 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 03/04/2024 11:38 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar