Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN EKO RAMADAN

Kempen Eko Ramadhan 2024.png

TUTONG, SELASA 2 APRIL 2024 - Brunei LNG melanjutkan Kempen Eko Ramadhan JASTRe ke-4 ke Daerah Tutong seterusnya menunjukkan komitmen untuk memelihara alam sekitar Negara Brunei Darussalam dengan menggalakkan kitar semula, memelihara sumber dan meminimumkan pelepasan karbon.

​Sebanyak 500 beg telah diagihkan di Gerai Ramadhan Tutong. Hadir mengagihkan beg kepada pengunjung ialah Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Dayang Hajah Melissa binti Haji Zainal Abidin, Pengurus Kewangan Brunei LNG, Dayang Mizan Adiliah binti Haji Mohamad Deli, Pengurus Urusan Sumber Manusia, Perhubungan Luar, Hartanah dan Fasiliti Brunei LNG, Ahli-Ahli Kepimpinan Brunei LNG, serta sukarelawan kakitangan BLNGoldenHearts, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dan Syarikat RIZA Fudhlana Management Services.

BLNGolden Hearts memperkasakan warga Brunei LNG untuk bergiat dengan masyarakat dan negara melalui inisiatif yang sejajar dengan nilai Brunei LNG, termasuk fokus organisasi mereka dalam kemampanan, serta memupuk kesedaran dan penjagaan alam sekitar.


Created at 03/04/2024 11:47 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 03/04/2024 11:47 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar