Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJHLIS DOA ARWAH DAN TAHLIL SERTA MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI BAWAH PROGRAM JALINAN KASIH

Majlis Doa Arwah dan Tahlil serta Majlis Bersungkai Bersama Anak-Anak Yatim di bawah Program Jalinan Kasih ke-16.png

TUTONG, SELASA 2 APRIL 2024Seramai 40 orang anak-anak yatim telah dijemput untuk Majlis Doa Arwah dan Tahlil serta Majlis Bersungkai Bersama Anak-Anak Yatim di bawah Program Jalinan Kasih ke-16 yang diadakan kelmarin di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.

Projek tersebut merupakan projek tahunan Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Bahagian Rancangan Radio yang dihasratkan untuk mempromosikan dan mendukung usaha kerajaan dalam mewujudkan budaya kehidupan masyarakat yang penyayang dan prihatin kepada golongan yang memerlukan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Majlis diserikan dengan bacaan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Awang Muhammad Waiz bin Tajuddin.

Turut hadir ialah Pengurus Operasi Soon Lee Heavy Machinery Sdn Bhd, Ong Chee Mang; Pemangku Pengarah RTB, Cheong Chee Keong; Pengerusi Projek Jalinan Kasih ke-16, Awang Muhammad Muizzuddin Asyur bin Awang Mat Japar dan pegawai-pegawai kanan RTB yang lain.

Majlis juga dihadiri oleh para penaja yang terdiri daripada Wong Nam Chong, Albert Shim, Eyan Au, Jimmy Chung Sze Kiat, Choo Chin Fook, Yong Teck Chin, Kang Ho Kiong, Christy, Janet Lim dan Diana Shim.

Antara objektif program itu adalah untuk memasyarakatkan radio serta mengendalikan beberapa penerbitan rancangan di keempat-empat daerah dengan mendekati pihak yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik.

Created at 06/04/2024 12:42 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 06/04/2024 12:42 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar