Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGISLAMAN

Majlis Pengislaman Dyg Salmah binti Muntil.png

TUTONG, SABTU 6 APRIL 2024 - Majlis Pengislaman Dayang Salmah binti Muntil telah diadakan di Pejabat Unit Da’wah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, yang kemudian diikuti dengan lafaz ikrar dua kalimah syahadah. Dayang Salmah binti Muntil yang memilih nama islamnya sebagai Dayang Nur Salmah Muntil binti Abdullah.

Majlis juga turut diserikan dengan Dikir Marhaban dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.


Created at 06/04/2024 12:50 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 06/04/2024 12:50 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar