Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PENYAMPAIAN DERMA TABUNG KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAERAH TUTONG

Penyampaian derma tabung kebajikan anak-anak yatim 2024.png

TUTONG, 8 APRIL 2024​ - Majlis Penyampaian Derma Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong telah diadakan di Tingkat 4, Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Jabatan Daerah Tutong.

Menyampaikan derma daripada Golden Corporation, Persatuan Kebajikan Masyarakat Kampung Kiudang, Persatuan Kebajikan Masyarakat Tionghua Tutong, Sim Kim Huat, Samakday Sdn Bhd, Kah Huat Brothers Workshop, Brunei Timber Co Sdn Bhd, Awang Yeo Hock Hoe, Awang Khoo Eng Cheong, Awang Ik Ngi Piau dan Awang Wong Ling Ming telah disampaikan oleh Awang Soon Seng Lee. ​

Hadir bagi menerima derma-derma berkenaan ialah Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.


Created at 09/04/2024 13:18 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 09/04/2024 13:18 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar