Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PELANCARAN PERTUKARAN NAMA BAHARU SYARIKAT

Majlis Pelancaran Pertukaran Nama Baharu Syarikat GBC.png

TUTONG, AHAD 14 APRIL 2024 - Green Box Corner (GBC) Give Away Sahur Sengkarai yang diadakan pada bulan Ramadan yang lalu memberi peluang kepada pelangganpelanggan GBC untuk memenangi pelbagai hadiah setelah membuat pembelian sebanyak BND5 ke atas semasa Sahur Sengkarai yang lalu.

Pengurus Green Fortune Corner (GFC), Dayang Maslinda binti Ali seterusnya menyatakan Inisiatif ini juga diadakan bagi menarik lebih ramai kunjungan dari orang ramai untuk sama-sama memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga tempatan lain yang turut terlibat semasa Sahur Sengkarai diadakan.

Perkara tersebut disampaikan oleh Pengurus GFC, Dayang Maslinda binti Ali pada Majlis Pelancaran Pertukaran Nama Baharu Syarikat Green Box Corner (GBC) ke GFC yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Muhammad Sofian bin Haji Basri.​

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai dan pegawai kanan kerajaan serta penduduk sekitarnya.​

Created at 16/04/2024 10:17 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 16/04/2024 10:17 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar