gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Ahad, 8 Februari 2026 – Pertandingan Tarik Kalat Westpark Food Corner anjuran Westpark Food Corner yang dikendalikan oleh Bros Extreme dengan sokongan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sinaut dan Sungai Kelugos serta Jabatan Daerah Tutong telah melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Februari 2026. Pertandingan tersebut telah diadakan di Kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Sengkarai, yang menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang berjaya meraih kejuaraan.

Pertandingan ini diadakan dengan tujuan memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan komuniti, menghidupkan sukan tradisional, serta memberi platform kepada penduduk dan belia untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat.

Dalam Kategori Berat 680 kg, gelaran johan dimenangi oleh KJ Warlord yang membawa pulang piala, pingat dan wang tunai $800.00. Tempat naib johan disandang oleh SPSS dengan hadiah piala, pingat dan wang tunai $700.00, tempat ketiga dimenangi oleh KF Mix Team yang menerima piala, pingat dan wang tunai $600.00, manakala tempat keempat diraih oleh Hachi 88 dengan piala dan wang tunai $500.00.

Bagi Kategori Ringan 560 kg, johan dimenangi oleh KB Bull Tuggers yang membawa pulang piala, pingat dan wang tunai $800.00. Tempat naib johan dimenangi oleh MS ABDB dengan piala, pingat dan wang tunai $700.00, tempat ketiga menjadi milik Bros Extreme yang menerima piala, pingat dan wang tunai $600.00, manakala tempat keempat disandang oleh SPSS dengan piala dan wang tunai $500.00.

Pada tahun ini, dua kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Berat (680 kilogram) dan Kategori Ringan (560 kilogram). Pertandingan telah dijalankan secara pukul keliling (round robin) bagi memastikan pelaksanaan pertandingan yang adil dan tersusun.

Penganjuran pertandingan ini selaras dengan tujuan mengimarahkan aktiviti kemasyarakatan, di samping memperkukuhkan usaha mempromosikan Daerah Tutong sebagai salah satu destinasi pelancongan dengan mengetengahkan sukan tradisi sebagai warisan budaya negara.

Dengan berakhirnya pertandingan ini, diharapkan agar penganjuran seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai platform memperkasa sukan tradisi, menggalakkan penyertaan masyarakat serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.